BILA TEHA JADI USAHAWAN DAG?


 


Hari ini 11/6/2020, genaplah sebulan Teha bergelar sebagai usahawan DAG. Jadi, meh sini Teha kongsi sikit journey Teha sepanjang jadi Usahawan DAG.
Teha mula mengetahui tentang Das Abdul Global sejak bulan Januari 2020 melalui seorang Premium Reseller di tempat Teha. Pada awalnya Teha kurang berminat untuk membeli bantal tersebut kerana Teha merasakan harga bantal agak mahal. (Masa ni, Teha tidak diberitahu akan kelebihan bantal tersebut)
Bulan penghujung Januari, Teha beli juga bantal Hclassic 2 biji dan sebiji bantal peluk setelah Teha baca flyers berkenaan bantal hotel DAG tersebut. Dikatakan bantal ini bantal yang alergik yang tidak perangkap habuk, maka sesuai untuk orang asma. Begitu juga dikatakan bantal hotel ini boleh dibasuh. (Dua sebab inilah yang membuatkan Teha tertarik nak beli bantal hotel DAG)
Teha teringatlah anak Teha yang Asma, maka, Teha pun beli bantal tersebut. Sampai di rumah, anak berebut bantal baru, jadi Teha terpaksalah tambah bantal untuk mencukupkan 5 biji bantal. Hehe. Selepas menukar bantal baru, Eisya semakin kurang diserang asma.
Kemudian, pada bulan Mac Teha cuba untuk mempromosikan Bantal DAG kepada orang kerana ternyata bantal hotel ini bagus dan berkualiti serta padan dengan apa yang dikatakan dalam flyers tersebut. Teha juga cuba untuk membasuh dan mengeringkan bantal, bagi membuktikan apa yang diklaimkan oleh HQ DAS ABDUL GLOBAL adalah benar.
Pada bulan Mei, kawan Teha hubungi Teha untuk membeli bantal yang Teha pernah promot dulu. Kebetulan baki bantal kat Teha ada dua biji, jadi Teha pun jualkan kepada kawan Teha. Tak lama lepas tu, ada lagi permintaan bantal dari kenalan Teha, maka Teha pun mula la jadi Dropship Bantal Das Abdul Global selama seminggu sebelum Teha mengambil keputusan untuk menjadi Reseller.
Teha hubungi admin Das Abdul Global menerusi web rasmi, iaitu Admin Ika. Admin Ika dan beliau pun menunjukkan 8 profile Master Leader. Teha memilih Master Leader Nor Rasidah Sidek memandangkan beliau merupakan orang Johor.
Pada 11/05/2020, Teha pun bergelar sebagai reseller Das Abdul Global dengan bermodalkan 20biji bantal dan setiap hari sejak itu Teha gigih menjual bantal-bantal menerusi Kempen Menukar Bantal Lama sehinggalah pada 27/05/2020, Teha berjaya menjadi Premium Reseller*.
*Untuk menjadi Premium Reseller, Teha kena buat belian bantal sebanyak 300 biji dalam tempoh 3 bulan. (Tapi Teha dapat buat dalam 17 hari)
Maka, pada penutup bulan Mei bersamaan 31 /05/2020, Teha telah berjaya:
a) membuat belian sebanyak RM 10, 864.50 (termasuk manual order)
b) mendaftar dua orang reseller baru
c) tersenarai sebagai top 20 SuperStar (tangga ke -18)



Alhamdulillah, sepanjang tempoh sebulan ini, Master Leader Nor Rasidah Sidek serta Admin Ika banyak menolong Teha dalam memberi tunjuk ajar serta motivasi untuk meneruskan hari-hari mendatang sebagai Usahawan DAG. Bukan setakat menjual bantal, tetapi Teha turut menjual produk DAG lain seperti towel, comforter, dan cadar katil.
Terima kasih kepada semua pelanggan Teha, kenalan Teha, sahabat dan teman Teha, serta keluarga Teha yang membeli dan menyokong usaha Teha sebagai Usahawan DAG. Terima kasih Abah sebab merestui Teha.
Semoga coretan perjalanan Teha sebagai Usahawan DAG pada bulan Jun ini membuahkan hasil yang lebih baik, inshaallah.
Kepada anda yang ingin menjadi usahawan DAG, jomlah kita mendaftar sebagai reseller dengan PM Teha atau anda boleh memulakan langkah anda sebagai dropship bantal DAG bersama Teha.
“Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang.”
TehaNasa (Premium Reseller sah DAG)

No comments